Sep 2, 2015

Pulau Redang

Assalamualaikum,

Lama bebenor tak menaip entry kat sini, maklumla pura-pura busy kata ko hahaha

Mohler nak cerita sikit pasal holiday masa time rayo hari tu, tahun ni husband balik Malaysia,so cuti-cuti Malaysia la kami ye..memandangkan Adam da setahun lebih, seronok sikit la bawak dia jenjalan da pandai berjalan and berlari da, so kami pilih Pulau Redang sebagai percutian kali ni..agak teruja jugak la sebab 1st time bercuti ke Pulau bersama husband tersayang.

Masa ni kami pergi masa raya ke 6 kalau tak silap, and agak penat jugak sebab rasa da macam tawaf 1 Malaysia sebab banyak bebenor destinasi nak pergi sepanjang husband cuti. Masa kat Pulau Redang kami bermalam kat Laguna Redang Resort selama 3 hari 2 malam and hanya buat aktiviti sendiri and tak dapat nak snorkeling sebab sape lak nak jaga dak tecik Adam tu kan...huhu

Jom la ye tengok gambar yang aku ambil pakai GoPro Hero 4 Silver,



 pemandangan dari bilik ni, gambar bilik tak sempat plak nak snap kalau tak I da tampalkan sini taw..



 lepak tepi pantai tengahari buta, lepas lunch husband ajak lepak sini ku ikotkan ajo

 muka anak and bapak yang copy paste


jalan  nak ke diving centre



time ni nak balik sudaaa selepas 3 hari merehatkan minda di pulau yg indah...ceewwahhh


On the way balik, dalam feri Adam bantai tido, lega mama ok leh rehat dalam feri yang hampir 2 jam nak ke Jeti syahbandar 


Next Vacation???tak tahu lagi..=)



Mar 13, 2015

Birthday Party Baby Boy 2015

Hye Selamat Tahun Baru!!!

Boleh la ye nk wish tahun baru walau da lewat 3 bulan..hahaha..bersarang sarang dah blog ni. I is selalu stalk blog orang je..blog sendiri malas mau hupdate sebab banyak hupdate kat Instagram je sekarang ni kesiann kat blog eintanpunya ni hik2

Okaylah entry tahun baru 2015 ni start dengan story my only son la ye..Adam Zhafran birthday party turns 1. Birthday party die buat tepat pada 7 Mac 2015 and tak tunggu baba dia balik sebab mama dia excited terlebih nak celebrate ni pengaruh dari blogger irine nadia la ni tengok dia celebrate birthday anak dia Fiska Medina kemain comel taw...tp iolls takdela buat wow macam dia..buat kecik kecik je (bajet kecik je) huhu. Panggil member and jiran jiran je sebab faktor keluasan rumah yang terhad next year sambut kat PD plak ye..Insyallah..hehe

Lets look at the picture ye  

 Meja candy la konon kononnye

 Anak beranak bergambar dulu sebelum potong kek
Mak nya yang excited lebih 

Kek ni oder dari member office cakap je nak camne die bole buatkan..kek ni ilham hasil carian daripada google.. cantikkan!!

And Adam dapat hadiah motor dari tok daddy and tok mommy dia..tenkiu!! Sekarang bangun pagi je cari moto dia sebab sibuk nak menolak je

Thanks my bff Liena and Ammar for coming..Adam tak bole duduk diam Amar steady je

Hope after this bole gather dengan geng Fab6us, lama dah tak jumpa ingatkan masa birthday Adam bole la jumpa..tapi masing masing ada hal time tu nasib baik makcik liena ni dapat datang

Harapan untuk tahun ni semoga diri ini, Keluarga kecil ini, Saudara Mara dan Sahabat handai di bawah lindungan NYA.

-End-

Oct 21, 2014

Hippopo Baby Spa - Setiawalk

Assalamualaikum...

Hye long time no see....kemalasan nak up entry sesejak ade anak ni semakin menjadi. Neway lets read apa yang aku nak share untuk last week cuz husband kesayangan pulang bercuti and spent time together for 2 weeks dengan aktiviti yang sangat padat. Tapi untuk entry ni just want to share pasal bawa Adam swimming kt Hippopo Baby spa. Tahu pasal baby spa ni pun aku terbaca kat blog Irine Nadia so apa lagi memang semangat la nak bawak Adam memandangkan Adam da masuk 7 bulan and dia sangat aktif rasa syok la tengok gelagat dia nanti.

Aku pergi kat Hippopo cawangan Setiawalk Puchong sebab dekat sikit dengan rumah and aku book time weekdays memang tak ramai orang la..masa aku kat situ rasa heaven je sebab hanya family aku je yang ada...xde baby lain..huhu

sebelum masuk kolam kena senaman dulu bagi Adam biasa dengan trainer dia..nama trainer aku lupa la pulak..adoii😡

 And this is first time Adam swimming . 1st try pakai pelampung cekik leher ni dulu memula dia ok la lama-lama....

meraung gak la Adam sebab dia tak selesa tak bole pegang ball kt situ..huhu

last2 pakai pelampung stail duduk pulak..baru la okay..and Adam swim selama 30minit. Seronok tengok dia main air


Lepas keluar dari kolam ada sesi massage tapi aku tak sempat nak snap gambar cuz anak aku ni aktif sangat-sangat berpusing 360 darjah..fuuhhhh

in the end Adam tido dengan lena akibat kepenatan..sangat puas hati dengan service Hippopo Baby Spa ni untuk maklumat lanjut korang bole terus ke laman web dorang untuk pakej yang dorang tawarkan.

Jun 19, 2014

Ho Holiday bertiga

Bersempena husband pulang ke Malaysia maka berholiday la kita anak beranak. Destinasi percutian dalam negara ajo kat Cameron Highland and Cherating. Setelah sekian lama tak bercuti akhirnya dapat juga luangkan masa bersama family dan kali ni bersama anakanda tercinta and pengalaman pertama merasai ber holiday dengan anak kecik, tak sama macam zaman bujang dulu sebab apa-apa kena setelkan anak dulu baru la laki bini menyiapkan diri, sebelum berjalan banyak nak kena siapkan terutama kelengkapan penyusuan si kecik,baju,pampers dan macam-macam lagi. Memang rasa macam lelah tapi seronok sebab tengok keletah si kecik yang sekarang da berusia 3 bulan, da pandai senyum, membebel dan mengiring seronok tengok perkembangan dia depan mata.

Babah teruja nak tolak adam dalam stroller

sampai je kat Impiana Resort Cherating kasi snap gambar Adam atas katil

Comel..geram tawwww


Gambar laki bini dan anakanda Adam tersorok dalam baby carrier..time ni kat kebun strawberi, masa kt Cameron kiteorang duduk kat Arabella Apartment 

Lepas ni lagi 3 bulan kita berholiday lagi...tapi tak tahu lagi kemana huhu..akan di fikirkan =)

Apr 17, 2014

Anugerah terindah 2014

Assalamualaikum. ...

Lama rasanya tak post entry kat blog yang terabai ni...maaf ye. :-)

Just nak beritahu..sekarang ni my family is getting bigger cuz ada orang baru yang hadir dalam kehidupan aku dan suami..dat is my son...Muhammad Adam Zhafran yang lahir kedunia on 7 March 2014 kat kpmc kajang , tepat on due date yang doctor bagi genap 40weeks, pandai anak mama ni keluar kalau tak kesian kat baba tak dapat lepak dengan kamu lelama. Akhirnya merasa jugak aku sakit bersalin tu macam mana is was awesome and tak dapat nak di gambarkan and alhamdulillah semuanya selamat and sihat.

Now da sebulan lebih da usia adam and ada lagi 4 hari nak abes pantang...lepas ni boleh pergi shopping and hang out cuci mata...bila adam da besa sikit boleh la bawak adam jenjalan sekali..yehuu

Adam dengan baba, masa ni kat hospital lagi baru je usia 1 hari

Adam usia 40 hari. Makin comel..gewram mama taw.

Nanti aku update lagi ye..insyallah. . :-)

Dec 29, 2013

Post Wedding





Kejadian terjadi 7 bulan lepas baru berkesempatan nak update 
Lokasi Pantai Kelanang
Rindu saat-saat baru kahwin and masih slim gittew