Aug 3, 2011

Home Made

Assalamualaikum..

Hai selamat berpuase untuk hari yang ke 3..
masih bertahan?nanti lama-lama ok la tu ye dak?macam tak biasa pulakss..huhu

Semalam buka puasa adalah sangat heaven..
hari puasa yang ke 2..menu adalah nasi berlaukkan sambal paru..perghh kecur air liur..hehe
sedap sangat-sangat sampai tambah empatplohkali versi tipu aje...hehe..
aku hanya makan sekadarmuat-muat perut je..kang senak tak ke susah?
kene pulak dengan tempoyak goreng campur petai..perghh..lagi la terangkat
1st time buat tempoyak goreng tuh..dappppppppppp sangat-sangat..=)

And semalam jugak adalah 1st time aku mencube buat mushroom soup sendiri/Home made
ala mushroom soup macam kat pizza hut, The grato (kat grato terbaik), Nandos dll..
kali ni bermodalkan tak sampai RM15 mushroom soup dapat disediakan untuk satu family..siap boleh tambah berkali-kali pulak tuh...sila tepuk tangan untuk diri sendiri...holaaa...huhu..sahur tadi siap bakar roti, then cecah sama itu soup memang terkenang sampai la ni..huhu..jom nak share resepi sikit..

Bahan-bahan

1500 ml Air
500ml Susu full cream (kotak)
1  tin  Cendawan Butang
1 keping Dada Ayam
1 kiub Pati Ayam
1 cawan Tepung

Cara-cara
1. Ayam potong dadu. Masukkan air dengan ayam yang sudah dipotong dalam periuk, rebus hingga ayam masak.
2. Masukkan kiub ayam ,susu dan cendawan yang telah dikisar kasar masak dengan api perlahan ye
3. gaulkan tepung dengan sedikit air, nak bagi bancuhan tu halus..sila tapis bancuhan tersebut ye.
4.pastu masukkan tepung dalam periuk sehingga mendidih..siap..boleh dihidangkan dengan muke ceria..=)


sorry..gambar adalah tidak menghairahkan..huhu


Selamat Mencuba ye..

1 comment:

nor_asna said...

sangat sedap!!!:)