Nov 10, 2011

Kerana Mee Bandung di Batu Pahat

Sabtu lepas pagi-pagi terus ke Kluang,Johor coz makcik kesayangan meninggal..Innalillah..tak sangka nak dekat raya dia pergi meninggalkan kami semua...
lepas ni tak de dah yang dapat meriuhkan suasana bila berkumpul dengan sanak saudara (dulu ngan die la aku belajar makan beras and ikan bilis mentah-mentah..sedap giler..)..semoga rohnya dicucuri rahmat..aminn..

dalam perjalanan pulang ambil kesempatan pusing-pusing bandar Batu Pahat..
rupa-rupanya lau ikut jalan dalam dekat je ngn Kampung aku kt Parit Jawa tuh..
boleh la jenguk-jenguk Makcik Liena kita tu..haha..(ayat jaga hati makcik tu jew)..memang dokat sangat..aku je yang tak tahu..huhu

so makan tengahari adalah mesti cari mee bandung muar da alang-alang kt sini haruslah mencari ye tak?..
kat BP mesti ada punya sebab sempadan dengan Muar kan...tak mustahil kalau ada Mee bandung Muar ..jom tengok kat mane aku jumpe Mee bandung yang sedap kat BP ni..


kat sini la aku dapat merasakan mee bandung muar yang seddap..memang hebat and mengancam ok.
tak silap aku kedai NO 9..and nasi ayam die pun memang terbahek..

bagi siapa-siapa yang tak tahu macam mana rupa mee bandung muar..kat atas ni la rupanye..
telur dalam mee bandung ni sedap..pandai orang ni masak..kalau datang BP mau singgah sini lagi..huhu

lepas memenuhkan perut yang lapar...OTW pulang singgah kedai tepi jalan beli tempe goreng cicah dengan sambal kicap..memang terangkat beb..susah nak dapat orang jual tempe goreng tepi jalan ni..makan rebut-rebut ngan adik-adik aku..memang nikmat..(untung adik beradik ramai ni..hehe)

pulang ke KL terus jalan adalah clear habis..oleh kerana Ayah mengantuk and hampir terbabas ish.ish.ish..dan aku sebagai seorang anak aku bertanggungjawab utk hamek alih drive sampai rumah..
sampai dengan hati yang senang..Selamat sampai..=)

No comments: