Nov 30, 2011

Sekitar Pahang

this month adalah menjelajah pelusuk Pahang walaupun tidak secara keseluruhan,
menikmati pemandangan sepanjang perjalanan..
bermula terangnya alam sehingga menjadi gelap gelita yang suram, hanya ada lampu-lampu jalan dan juga lampu kereta-kereta yang kejap muncul dan menghilang di telan gelap malam..

kesilapan perancangan membuatkan perjalanan yang panjang,
melalui Kuantan untuk sampai ke Rompin,tak ke pelik tuh?berpusing jauh,tapi tidak mengapa (berpesan pada jiwa) ada hikmahnya,mungkin DIA memberi hambanya menikmati dan mengenali tempat yang jarang-jarang dilalui yang dicipta NYA.

sampai di Kg. Merchong terus melepak di Chalet tapi banjir sedikit dikawasan tuh, dugaaan and cabaran lagi,
redah dengan berkaki ayam mengangkut segala bag.mengharap besok pasti surut.
Wake up in early morning, melihat suasana yang jarang-jarang dilihat..Masyallah terdetik dalam hati..rupanya sebatang sungai yang besar dan rupa-rupanya aku berada di Muara, bangkit dari tidur terus keluar menyusuri sungai dengaan keadaan becak dan berlumpur. melihat seorang jejaka yang tak ku kenal bersama dua batang pancingnya menunggu ikan yang tersangkut pada kailnya...aku? melihat matahari terbit dicelah-celah daunan.

hujan tetap turun tapi sekejap ada sekejap tidak,bagikan bermain-main..
bersiap terus ke kenduri perkahwinan sepupu yang di kelilingi sawah bendang yang menghijau..cantik sungguh!.



cantik bukan?menenangkan jiwa sungguh..kalau dapat lepak lama-lama mungkin seronok..berjalan atas batas and mencari ikan sawah..seronok sungguh angan-angan itu.

semoga berkekalan sepupuku..=)

selesai itu, menuju ke Kuantan untuk majlis perkahwinan dua kupu-kupu aku, boleh bergitu?huhu..sepanjang perjalanan menyusuri tepi pantai...sangat indah,sekejap cuma perjalanan, menghayati keindahan sehingga terlelap seketika, sampai di area Pekan,terkenang kembali waktu-waktu PLKN dulu di Kem Semarak disitulah aku mengenali 'dia' serta mengenali sahabat-sahabat yang sehingga sekarang masih rapat.sampai di destinasi yg dituju terus mengisi perut yang berkeroncong dan melepak menjadi makcik-makcik sebentar..tiada kawan untuk ber 'huhahuha' sesekali bergaul dgn makcik-makcik apa salahnyakan?

hanya sempat snap gambar ini menjadi bukti berada di Kuantan sedangkan tiada percaya kalau melihat pemandangan ini. aku berada di pinggiran bandar ketika ini.NYAMAN.

Keesokkanya singgah sebentar di Teluk Chempedak..melihat keindahan pantai,ya!pertama kali menjejakkan kaki disini.*ketawa pada diri sendiri.

teruskan perjalanan ke Temerloh menghadiri kenduri di Kuala Krau rakan office aku telah bertukar status menjadi isteri orang..tahniah!!,aku turut merasai keseronokkan dan rasa bahagia anda,moga kekal hingga akhir hayat..

tema purple+putih memang kaler yg sunggguh cool ,meredupkan pemandangan di waktu matahari terpacak diatas kepala kepanasan. Tahniah once again.=) 

Alang-alang sampai Temerloh,singgah Mentakab sebelum pulang ke KL,menziarah rumah bakal ibu mertuaku (Insyallah dimakbulkan..hehe)family aku dan family Si dia berkenal-kenalan..macam proses merisik pulak...hak2..(terbalik la pulak..)tapi hanya menziarah sahaja..Alhamdulillah..semuanya baik-baik belaka,dapat jumpa dengan semua adik-beradik beliau.meriah sungguh suasana ketika itu,bagaikan sudah lama kenal..=)

senja petang, selamat samapi di rumah tercinta setelah meredah hujan dan jalan yang jem.~ ~ ~.

No comments: