Feb 24, 2012

Situasi

Di pagi hari Jumaat yang indah,
di Highway KL -Seremban menghala ke KL.
Perjalanan pagi yang penuh sesak yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
Biasalah hidup di Ibu Kota KL,
tak sah kalau tak tempuh jem pagi-pagi dimana orang ramai berasak-asak menuju ke lubuk rezeki masing-masing dan aku salah seorang daripada mereka itu.
dan ketika itu, 3 kali siren yang kedengaran sewaktu yang lain (rakyat malaysia) sabar beratur dijalan yang sesak.
Siren pertama, laluan untuk Orang Besar yang aku tak pasti siapa..tp yang pasti seorang Menteri,kalau tak..xdenye beliau mendapat iringan khas dari Polis..ye tak??
Siren Kedua, Ambulance yang mungkin dalam kecemasan.patut diberi keutamaan.
Siren Ketiga, Polis yang membawa pesalah.

setiap kali siren itu,kami-kami harus memberi laluan kepada mereka yang lebih memerlukan,
baik kan kami..sebagai Rakyat Malaysia.(senyum lebar-lebar)

Sampai di office, da lewat...masalah lif yang bengong...membuatkan lagi aku dan yang laen lewat untuk punch card. Alahai hidup di KL harus sentiasa segera dan jangan terlewat sikit pun,pasti akan ketinggalan dan terperangkap dalam sesak.

2 comments:

hamzah ian said...

hidup kl.. gini lah.. huhu

Zaza said...

KL kooot. bukan terenggahnu :P